Salam Ma’al Hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم


اللهم صل على محمد وآل محمد

 
Firman Allah SWT:

وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ‌ آيَتَيْنِ ۖ فَمَحَوْنَا آيَةَ اللَّيْلِ وَجَعَلْنَا آيَةَ النَّهَارِ‌ مُبْصِرَ‌ةً لِّتَبْتَغُوا فَضْلًا مِّن رَّ‌بِّكُمْ وَلِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ وَكُلَّ شَيْءٍ فَصَّلْنَاهُ تَفْصِيلًا ﴿١٢

“Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami), Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang benderang, supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); Dan (ingatlah tanda seruan) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah terangkan dia satu persatu (di dalam al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.”   
 (Surah al-Israa’; ayat 12)
.
Kini Bulan Zulhijjah telah sampai ke penghujungnya, bermakna kita semakin meninggalkan tahun 1433 Hijrah dan bakal memasuki tahun Islam yang baru-1434 Hijrah. Walaupun ramai daripada kita umat Islam yang memandang ‘remeh’ tahun baru Islam ini namun sesungguhnya ketika pergantian tahun baru Islamlah waktu yang paling tepat dan sesuai untuk memulakan sebuah tekad dan azam baru.
.
‘Azam Baru’, itulah ungkapan yang banyak diucapkan oleh sebahagian saudara-saudara kita ketika mereka mengalu-alukan tahun baru Masihi pada 1 Januari setiap tahun. Namun sebenarnya masa yang tepat untuk memulakan azam baru adalah ketika pergantian tahun baru Islam.
 .
Daripada riwayat Abdullah bin Habsyi, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud)
 .
Allah SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ يَرْ‌جُونَ رَ‌حْمَتَ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ غَفُورٌ‌ رَّ‌حِيمٌ ﴿٢١٨

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan Agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan Rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(AlBaqarah; Ayat:218)
 .
.
Bermula Taqwim Hijrah
Jika diimbau kembali tentang permulaan tahun / kalendar Islam (Hijrah), adalah bermula selepas Khalifah Umar bin Khattab r.a. puas berbincang dengan beberapa penasihatnya. Akhirnya para sahabat memutuskan untuk menggunakan tahun dimana Rasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan awal pengiraan Taqwim Islam.
 .
Momentum hijrah Rasulullah SAW.dianggap mewakili ‘era baru’, kerana bukan saja ketika itu Rasulullah SAW berjaya meloloskan diri dari bandar Makkah yang sudah tidak sesuai lagi bagi perkembangan dakwah Baginda tetapi juga keputusannya untuk berhijrah ke Madinah membawa sinar bagi kebangkitan Islam sehingga Baginda berjaya membina asas kekuatan dan kejiwaan bagi umat Islam yang dapat dirasai sampai zaman ini.
 .
Diharapkan dalam tahun baru ini dan tahun2 mendatang, umat Islam di seluruh dunia dapat lebih bersatupadu, bersabar dan ikhlas dalam menegakkan agama dan sunnah tanpa perasaan riak dan bongkak dengan merasakan diri dan puak mereka lebih baik, lebih layak mahupun lebih Islamik daripada pihak yang satu lagi.
 .
.
Bersamalah kita memahami dan menghayati nas-nas berikut:
 .
  • Allah SWT berfirman: “Dan taatlah kamu kepada Allah SWT dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala berserta dengan orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46)
.
  • Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sabda Rasulullah SAW; “Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (HR Ibnu Majah r.a.)
.
  • Firman Allah SWT lagi: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 216)
.
  • Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Orang Mukmin dengan orang Mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari Baginda.” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
.
.
Menjelang berakhirnya waktu Asar pada hari terakhir bulan Zulhijjah, menandakan tahun Hijrah (1433) akan melabuhkan tirainya. Dengan itu InsyaAllah tahun baru Hijrah  seterusnya (1434) akan muncul iaitu apabila tiba dan masuknya waktu Maghrib. Maka para solihin telah mengajar kita untuk berdoa ketika menjelang perubahan tahun tersebut.
 .
Marilah kita sama-sama membaca doa Akhir Tahun Hijrah yang sebaiknya di amalkan  pada penghujung waktu Asar, kemudian disusuli dengan membaca doa Awal Tahun Hijrah selepas solat Maghrib.
.
Doa-doa tersebut adalah seperti berikut:
1.     Doa Akhir Tahun Hijrah dan
2.     Doa Awal Tahun Hijrah
.
.
Wallahu A’lam bishowab
.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


EmoticonEmoticon